Berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang pastri dan masakan. Mendapat didikan awal daripada seorang chef wanita daripada Eropah di dapurnya, Chef Pat Franz selama 3 tahun. Beliau juga pernah menjadi chef pastry selama 2 tahun untuk keluarga Chef Pat Franz dan juga menjadi tukang masak ("Cook") untuk sebuah lagi keluarga Itali selama 2 tahun.
Menamatkan pelajaran di Kolej Taylor`s dalam bidang pastri.
Chef Nermala tidak berminat untuk bekerja di mana - mana hotel walaupun telah beberapa kali mendapat tawaran. Beliau telah memulakan perniagaan katering beliau sendiri dengan mengambil tempahan masakan, kek ,biskut dan sebagainya untuk majlis - majlis seperti Hi-Tea, perkahwinan dan perayaan.
Bermula pada 1999, di atas desakan pelanggan, Chef Nermala memulakan kelas masakan di rumahnya sendiri. Pada awalnya, pelajar - pelajar beliau terdiri daripada wanita - wanita yang berniaga juga.
Pada awal tahun 2007, Chef Nermala telah ke Itali selama satu bulan untuk mengikuti kursus khas pembuatan roti dan pastri.
Kebanyakkan resepi daripada beliau adalah hasil ciptaan beliau yang tersendiri dan tidak di tiru daripada mana - mana resepi yang lain. |